Perincian Dalam Lafaz Akad Bai' As-Salam dan Akad Wakalah (Bahasa Melayu)

Akad Bai' As-Salam:
Maksud: Bai' Assalam ialah transaksi jual beli yang dilakukan dengan pembayaran segera dan penyerahan barang dilakukan pada masa yang akan datang. Pembayaran dilakukan di awal, dan penyerahan barang dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Akad Wakalah:
Maksud: Akad Wakalah adalah perjanjian wakalah yang dilakukan antara dua pihak, iaitu wakil (muwakkil) dan pemegang kuasa (wakil). Muwakkil memberikan kuasa kepada wakil untuk melakukan suatu tindakan atau transaksi atas nama muwakkil, dengan pembagian fee atau imbalan tertentu.

Saya bersetuju untuk membeli, adalah bermaksud :
1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan pakej korban / akikah dalam bentuk ready-to-eat (RTE) pack.
2 .Menempah haiwan untuk tujuan korban / akikah mengikut spesifikasi dan jumlah yang dipersetujui.
3. Menyerahkan urusan penetapan tarikh pelaksanaan kepada pihak MyFundAction di dalam dan luar negara.
4. Menyerahkan urusan pemilihan tempat pelaksanaan kepada pihak MyFundAction di dalam dan luar negara.
5. Mewakilkan kepada urusetia MyFundAction untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada penerima di dalam dan luar negara.
6. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk semua perkara yang berkaitan dengan ibadah ini bagi diri saya/atau atas nama yang telah diberi dengan bayaran di atas termasuk kos pengurusan Myfundaction  bagi setiap satu bahagian/ekor dan upah bagi tahun ini kerana Allah Taala.
7. Sekiranya pihak urusetia MyFundAction tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak MyFundAction .
8. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.
9. Segala yang berlebihan daripada wang yang saya berikan, saya izinkan untuk digunakan untuk tujuan perlaksanaan program kebajikan yang lain.

Perincian Akad Bai’ As-Salam dan Wakalah ini diperakui oleh Badan Penasihat Syariah MyFundAction.

Details In Akad Bai' As-Salam and Akad Wakalah (English)

Akad Bai' As-Salam:
Bai' Assalam is a sales transaction conducted with immediate payment, while the delivery of the goods takes place at a future date. Payment is made upfront, and the delivery of the goods occurs at a specified time.

Akad Wakalah:
Akad Wakalah is a wakalah agreement made between two parties, namely the principal (muwakkil) and the agent (wakil). The principal empowers the agent to perform a certain action or transaction on behalf of the principal, with a specified fee or compensation.

I agree to buy, means:
1. Handing over payment money (RM) to get the Qurban/Akikah package in ready-to-eat (RTE) pack.
2. Booking animals for Qurban / Akikah purposes according to the specifications and agreed amount.
3. Handing over the arrangement of execution date to MyFundAction in Malaysia or other countries.
4. Handing over the arrangement of selecting the place of execution to MyFundAction in Malaysia or other countries.
5. Delegate to the MyFundAction secretariat to slaughter, languishing and distribute to recipients in Malaysia or other countries.
6. I hereby submit the payment (RM) for all matters related to this worship on my behalf and/or on behalf of the designated person with the payment mentioned above, including the administration costs of Myfundaction for each section/individual and the wages for this year, for the sake of Allah Ta'ala.
7. If the secretariat of MyFundAction is unable to perform the services as agreed, then all related costs will be borne MyFundAction.
8. If I wish to cancel the sale and purchase after the delivery of the execution is made, then all related costs will be borne by my own party.
9. The excess amount from the money I provided, I permit it to be used for the implementation of other welfare programs.

The details of this Bai' As-Salam and Wakalah contract are acknowledged by the Shariah Advisory Body of MyFundAction.