Faizal Tahir Bersama MyFundAction 'Tak Menang Tangan', Salur 12 Tan Bantuan Makanan ke Gaza

Faizal Tahir Bersama MyFundAction 'Tak Menang Tangan', Salur 12 Tan Bantuan Makanan ke Gaza

PERLABUHAN KLANG, 24 April – Sebanyak 12 tan daging korban siap dimakan (Ready-To-Eat) dihantar ke Gaza Utara menerusi Jordan melalui laut.


Bantuan bernilai lebih RM540,000 ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 36,000 keluarga yang sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan di Utara Gaza.


Selebriti dan juga aktivitis, Faizal Tahir berkata, dia terharu dan merasa sedikit sebak apabila melihat kontena yang dipenuhi dengan pek makanan RTE untuk diberikan kepada warga Palestin.


“Ini adalah jihad kita. Alhamdulillah saya terharu dan sebak pada hari ini apabila melihat  kontena dipenuhi dengan bantuan pek makanan RTE untuk disalurkan kepada saudara kita di sana,” luahnya pada 


Majlis Flag Off Palestine Humanitarian Aid yang berlangsung hari ni, turut dihadiri oleh Catriona Ross.


Menurut kenyataan penganjur, penghantaran ini merupakan usaha berterusan untuk menyediakan bantuan makanan kepada komuniti yang terkesan akibat konflik yang berpanjangan.


“MyFundAction amat menghargai kerjasama pelbagai pihak yang memungkinkan misi ini direalisasikan,” ujar wakil organisasi tersebut dalam satu kenyataan. 


Ekspedisi bantuan akan bermula pada 5 Mei dari Pelabuhan Klang Barat ke Pelabuhan Aqaba, Jordan. Bantuan kemudiannya akan diserahkan kepada Jordan Hashemite Charity Organisation (JHSO) sebelum diagihkan oleh rakan MyFundAction di Gaza.